Persatuan Kebajikan Pesara Pegawai Rendah Polis Negeri Kelantan
PKPPRPNK merupakan sebuah badan NGO yang ditubuhkan bagi menjaga kebajikan ahli yang berada dalam persatuan serta mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan pesara pegawai rendah polis Negeri Kelantan.
Persatuan menjadi wadah untuk menyelaras aktiviti kebajikan, sosial, kemasyarakatan dan program yang memberi manfaat kepada ahli serta keluarga.